Friday, August 22, 2014

Sakit Senggugut....arghhhh. Apa perlu buat???

Senggugut kerap dialami oleh golongan wanita yang masih datang haid. Ia sering kali menjadi keluhan kerana ia menganggu kerja-kerja seharian, dan menjadi sebab utama mereka tidak pergi ke sekolah atau kerja malah tidak dapat langsung membuat kerja walau berada dirumah.



Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid.Pelvis adalah tempat di mana organ berikut berada iaitu rahim, ovari (kilang telur), dan saluran falopio, dan pundi kencing. Dalam bahasa Inggeris, senggugut dipanggil "dysmenorrhoea". Terdapat dua jenis senggugut iaitu senggugut primer dan senggugut sekunder.

Senggugut primer biasanya berlaku kepada kebanyakan perempuan remaja tetapi tidak mempunyai patologi di pelvis dan rahim, setelah pemeriksaan oleh doktor. Ia biasanya berlaku selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula. Tetapi ia juga boleh berlaku dikalangan wanita yang masih subur.
Lebih daripada 60% perempuan remaja mengalami senggugut primer. Satu dalam 10 wanita mengalami kesakitan yang teruk sehingga menganggu aktiviti seharian.
Ia adalah lebih kerap berlaku kepada seseorang yang merokok, mereka yang mengalami akil baligh yang lebih awal, dan yang mempunyai haid yang banyak2. Senggugut adalah lebih jarang berlaku di kalangan wanita yang pernah atau baru bersalin, dan yang menggunakan pil perancang.

Senggugut sekunder pula  disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur. Sebab-sebab:
  1. Penyakit endometriosis. Penyakit ini dihidapi oleh 5-15% wanita yang mempunyai haid.
  2. Cyst Ovari dan tumor
  3. Fibroid (kebengkakan pada rahim). Kesakitan ini berlaku semasa kedatangan haid yang banyak.
  4. Jangkitan ke rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur (penyakit radang pelvis)
  5. Kongenital (contoh: Rahim bicornuate, rahim subsepta)
  6. Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD). Senggugut boleh jadi lebih teruk semasa penggunaan ini pada sekumpulan kecil wanita.
Jika ada tanda-tanda yang berikut anda perlu berjumpa doktor:
  1. Sakit di bahagian bawah perut. Kesakitan ini biasanya sederhana dan mengejang, yang boleh merebak ke belakang dan bahagian peha.
    • Senggugut primer. Ia biasanya paling sakit pada dua hari pertama datang haid yang diikuti dengan sakit yang berkurangan beberapa hari selepas itu, dan berhenti apabila haid berhenti. Biasanya berlaku selama 12 ke 24 jam, ada yang selama 2 ke 3 hari. Kesakitan ini berkurangan apabila umur meningkat dan selepas bersalin.
    • Senggugut sekunder. Senggugut ini mempunyai tanda seperti senggugut primer tetapi sakitnya berpanjangan, bermula beberapa hari sebelum haid and bertambah teruk. Senggugut ini menjadi semakin teruk selepas beberapa tahun haid biasa. Berikut adalah tanda yang menyatakan kemungkinan anda mengalami Senggugut Sekundar.
      • Haid yang tidak tetap
      • Kesakitan antara haid
      • Pendarahan yang bertambah banyak
      • Lelehan dari faraj
      • Kesakitan ketika melakukan seks
  2. Sakit kepala, pening, letih, sakit belakang
  3. Loya dan muntah, cirit-birit.
Jangan ambil mudah sakit senggugut ini kerana komplikasinya amat memberi kesan kepada wanita. Antara komplikasi ialah secara fizikal nya dari segi kesuburan ( susah hamil atau tidak boleh hamil langsung) dan secara mentalnya ialah stress dan gangguan waktu tidur. 

Biasanya untuk melegakan sakit senggugut ini hanya PAINKILLER. Tapi sampai bila nak makan kerana kita semua tahu pain killer ini akan memberikan effect yang lain dan lagi bahaya.Untuk masalah ini ada TIGA produk yang disarankan dan ianya telah terbukti secara klinikal dan semulajadi iaitu GLA Complex, Ostematrix dan B Complex. Gambar di bawah adalah khasiat ketiga-tiga produk yang Marsha cadangkan.

- GLA Complex-


 -B Complex-


 -Ostematrix-


InsyaAllah dengan pengambilan yang konsisten masalah senggugut ini akan dapat diatasi. Malah ia akan memberikan kesihatan keseluruhan kepada tubuh badan. Berminat untuk mencuba? Boleh contact saya melalui detail di bawah dan FREE KONSULTASI dari saya insyaAllah.


Pakar Nutrisi Anda
013-9337697 (MARSHA)
Emel: babymamapapaestore@gmail.com
COD: Ipoh, Chemor, Tanjung Rambutan, Tambun, Gunung Rapat (PERAK) dan pos ke seluruh Malaysia.  

No comments:

Post a Comment