Salam pagi semua....
Nak sharing untuk hari ni....
Masa free yang ibarat emas ni saya nak sharing tentang isu halal haram bovine gelatin shaklee.
Memandangkan tedapat segelintir kawan2 & pengguna yang masih
ragu2 dengan isu halal terutama sekali terdapatnya gelatin yang digunakan
didalam produk Shaklee, maka perlu untuk saya rungkai dan terangkan status halal Shaklee ini
supaya semua pengguna Shaklee dapat terus amalkan vitamin ini secara selamat
& tanpa was-was lagi... ^_^
[sumber: shaklee.com.my]
2,3 hari lepas saya blogwalking & terjumpa satu website yang mengatakan bovine gelatine yang
digunakan oleh Shaklee Malaysia tidak halal. Penulis telah
mendapatkan kesahihan hal ini daripada Shaklee Canada. Yang
menjadi persoalannya kenapa perlu tanya pada Shaklee Canada atau Shaklee dari negara lain?? Sedangkan
Shaklee menghasilkan produk untuk setiap Negara adalah berbeza. Produk
yang dipasarkan di Malaysia, tidak sama dengan produk yang dipasarkan
di Amerika, Kanada, Japan dan Negara-negara lain. Penghasilan untuk
produk Negara Islam dan produk bukan Negara Islam juga berbeza.
Mari ikuti kaji selidik yang dilakukan oleh rakan saya :
Baru-baru ni bila saya baca tulisan pada botol OmegaGuard, dan perasan ianya ditulis
“Manufactured
by : Banner Pharmacaps (Canada) Ltd., 5807 47th Ave, Olds, Alberta,
T4H1S7,Canada.Manufactured for : Shaklee Corporation, Pleasonton, CA
9588 USA”
Lantas
saya terus teringat, suatu ketika dulu timbul isu tentang Halal-Haram
bovine gelatine Shaklee bila ada seorang sahabat menjumpai satu blog yg
mengandungi surat ditulis kepada Shaklee Canada tentang kehalalan bovine
gelatine Shaklee. Pada masa tu, saya terfikir ‘Kenapa la orang itu
pergi jauh-jauh bertanya pada Shaklee Canda sedangkan dia boleh bertanya
pada Shaklee Malaysia’. Bila nampak tulisan di atas terus terfikir,
mungkin ini penyebabnya, kerana tulisan di botol Shaklee bahawa ianya
dibuat di Kanada.
Kandungan
blog tersebut menyatakan, Shaklee Canada tidak menjamin bovine
gelatinenya halal tanpa mengetahui penghasilan vitamin Shaklee bagi
setiap negara adalah berbeza. Ketika itu, saya benar-benar yakin dengan
kehalalan Shaklee kerana salah seorang upline saya pernah pergi ke
kilang Shaklee di US dan melihat sendiri cara penghasilannya.Tetapi bila menjumpai OmegaGuard dihasilkan di Kanada, terus saya tersentak. Saya
periksa kembali semua produk Shaklee saya. Semua produk yang dari
softgel seperti Lecithin, OmegaGuard dan Vitamin E dihasilkan dari
Kanada. Manakala, produk yang lain dihasilkan dari US. Walau
bagaimanapun, capsul dari bovine gelatine ini tidak dihasilkan oleh
Shaklee Canada tetapi oleh Banner Pharmacaps (Canada) Ltd. Lalu,
saya pun terus mencari tentang syarikat Banner Pharmacaps. Rupanya ia
adalah syarikat penghasilan barangan pharmaceutical dan nutrition
terbesar di dunia.
Masih
tidak berpuas hati, saya mencari lagi dan menjumpai no telefon Banner
Pharmacaps Canada. Saya cuba telefon tetapi talian ditutup. Bila check
waktu dunia, rupanya di Kanada jam menunjukkan pukul 6 pagi. Manalah ada
customer service yang nak layan. Pencarian diteruskan dan menemukan
saya dengan Halal Consumer Magazine, A Publication of Islamic Food and
Nutritional Council of America (IFANCA). Dan menemui hasil di bawah.
Alhamdulillah,
Banner Pharmacaps, Canada disahkan halal oleh IFANCA. Saya tak pasti
tentang cawangan Banner Pharmacaps yang lain, yang penting Banner
Pharmacaps Canada yang menghasilkan Shaklee disahkan HALAL
Apa pula kata Presiden Banner Pharmacaps US, Dr. Roger Gordon?Manufacturers
are also becoming more sensitive to consumer needs by providing a wider
selection of capsule choices that meet specific dietary requirements.
Due to the global nature of the marketplace it has become increasingly
important to understand the special needs of consumers. For example, the
Halal two-piece capsules made by Capsugel meet the specific dietary
needs of its Muslim customers and the capsules are certified as Halal by
the Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA). Further,
capsules meeting Kosher needs are also available.*
Itu dia hasil penyelidikan rakan saya. Sekarang saya lebih yakin bahawa yang produk Shaklee Malaysia adalah HALAL. Seperti
saya nyatakan di atas, produk untuk setiap negara adalah berbeza. Mari
lihat contoh-contoh produk Shaklee yang dipasarkan di beberapa negara.
Kita lihat untuk soy lecithin.
shaklee Japan
Inilah
bukti walaupun di bawah satu jenama SHAKLEE tapi produk yang dipasarkan
berbeza mengikut negara itu. Jika anda berkesempatan melawati laman web
Shaklee bagi setiap Negara di atas, senarai produk yang dipasarkan juga
berbeza. Tidak semua produk di US akan dipasarkan di Malaysia. Ini menunjukkan Shaklee hanya memastikan barang yang halal untuk pasaran Malaysia.Oleh itu, janganlah berasa was- was dengan status halal produk Shaklee.
[Sumber]
credit to: http://onesupplement.blogspot.com
No comments:
Post a Comment