Pagi ni saya nak share tentang radikal bebas memandangkan kita tak berapa aware sangat tentang radikal bebas ni walaupun kita terdedah setiap hari.
Benda apa ni radikal bebas?? Sumber ini saya dapat dari wikipedia.
"Radikal bebas adalah molekul yang kekurangan satu elektron, dan membuat molekul tersebut menjadi tidak stabil dan selalu berusaha mengambil elektron dari molekul atau sel lain. Radikal bebas dapat dihasilkan dari hasil metabolisme tubuh dan faktor luaran seperti asap rokok, hasil penyinaran ultra ungu, zat kimia dalam makanan dan bahan pencemar lain. Penyakit yang disebabkan oleh radikal bebas bersifat kronis, iaitu diperlukan masa waktu bertahun-tahun untuk penyakit tersebut menjadi nyata."
Radikal bebas ni ibarat RACUN yang akan makan sikit demi sedikit kesihatan kita. Contoh penyakit yang sering dihubungkan dengan radikal bebas adalah serangan jantung dan barah. Untuk mencegah atau mengurangi penyakit kronik karena radikal bebas diperlukan antioksidan.
Sebenarnya, tubuh manusia dapat meneutralkan radikal bebas ini, hanya saja bila jumlahnya terlalu berlebihan, maka kemampuan untuk meneutralnya akan semakin berkurang. Merokok, misalnya, adalah kegiatan yang secara sengaja memasukkan pelbagai racun kimia yang bersifat radikal bebas ke dalam tubuh. Tubuh manusia dibentuk untuk menerima zat yang neutral, sehingga apabila menerima asap rokok, badan akan berusaha untuk mengeluarkan pelbagai racun kimia ini dari tubuh melalui proses metabolisme, tetapi proses metabolisme ini pun sebenarnya menghasilkan radikal bebas. Untuk pengetahuan, kegiatan merokok sama sekali tidak berfaedah untuk tubuh, walaupun dapat ditemui perokok yang panjang umurnya.
Radikal bebas yang mengambil elektron dari sel tubuh manusia dapat menyebabkan perubahan struktur DNA sehingga timbullah sel-sel mutan. Bila perubahan DNA ini terjadi bertahun-tahun, maka dapat menjadi tekanan oksidatif yang menimbulkan berbagai penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung, dan alzheimer. Tubuh manusia, sesungguhnya dapat menghasilkan antioksidan tetapi jumlahnya sering sekali tidak cukup untuk menetralkan radikal bebas yang masuk ke dalam tubuh, dan juga ada beberapa antioksidan yang tidak dapat dihasilkan dari tubuh tetapi harus melalui makanan. Biasanya, supplemen tambahan diperlukan untuk melawan radikal bebas ini.
Sebagai contoh, tubuh manusia dapat menghasilkan glutathione peroxidase, salah satu antioksidan yang sangat kuat, tubuh memerlukan pengambilan vitamin C sebanyak 1,000 mg untuk mendorong tubuh menghasilkan glutahione peroxidase ini. Kita juga perlu mengambil Vit E dan juga Vit A untuk membantu badan melawan radikal bebas ini.
Cadangan saya buat anda yang betul2 nak melawan radikal bebas ni ialah:
1. Sustained Released Vita C Plus
2. Vitamin E Complex
3. Caratomax ( Vitamin A)
Ambil secara konsisten insyaAllah kita akan melawan radikal bebas ini dan menghalang penyakit kronik serta mencapai kesihatan optimum. InsyaAllah.
Berminat untuk mencuba boleh hubungi saya dibawah dan saya akan dapatkan anda secepat mungkin.
Maaf mungkin agak menyimpang dari topik. Sebenarnya blog ini sudah bagus, anda rajin menulis di blog, tetapi dari tahun 2010 blog ini kayaknya kurang berkembang, mungkin anda pernah berhenti ngeblog, tetapi saya rasa kurang dipromosikan juga, kenapa gak pasang shoutbox chat biar agak lebih ramai? pengunjung bisa meninggalkan jejaknya di shoutbox.
ReplyDeleteTerimakasih.
BizriL blog