Talasemia (bahasa Inggeris: Thalassaemia)
adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang
diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen
menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal.
Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan
hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian
sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh
tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan
sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat
kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).
Sel
darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan
manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan
mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin
sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.
Mereka
yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh
mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin
dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi
dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang
dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.
Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.
Terdapat dua jenis Talasemia iaitu:
- Talasemia minor : Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.
- Talasemia major : Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.
Tanda dan gejala penyakit Talasemia
- Biasanya
anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan.
Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius
apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.
- Tubuh pucat,lemah, dan gelisah.
- Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas.
- Jaundis
- Tumbesaran terbantut
- Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.
- Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal(tanda lewat).
Rawatan penyakit Talasemia
- Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.
- Transfusi
darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ
penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya
merosakkan fungsi organ-organ tersebut.
- Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.
- Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.
Bagi
seseorang yang mempunyai masalah Talasemia, tidak digalakkan mengambil
supplemen yang mengandungi zat besi atau Iron yang tinggi. Ini adalah
kerana ianya tidak akan membantu dalam meningkatkan Hb, bahkan ia
mungkin membawa kemudaratan kerana mengambil sesuatu zat yang berlebihan
dan tidak digunakan mungkin akan merosakkan organ-organ dalam badan.
Oleh yang demikian, penggambilan Vitalea Iron Formula Shaklee dan Alfalfa tidak digalakkan oleh pesakit Talasemia. Namun supplemen yang harus diambil adalah Vitamin B complex. Vitamin B Complex membantu dalam meningkatkan tenaga dan diperlukan untuk membina sel darah merah. Vitamin E juga baik sebagai antioxidan yang membantu melindungi sel darah merah. Ostematrix (lengkap dgn Magnesium dan vitamin D) juga antara vitamin yang akan memberi manfaat kerana ia membantu meningkatkan tenaga.Selain dari ini, Energizing Soy Protein juga
disarankan kerana protin membantu dalam pembinaan sel-sel baru dalam
tubuh badan, ini termasuklah sel-sel darah merah. ESP juga boleh
meningkatkan tenaga.